KEFOTOKALAAN

DEFINISI

            Kefotokalaan adalah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan panjang tempoh siang dan malam. Ia juga merujuk kepada tempoh tumbuhan tidak menerima cahaya. Secara semulajadi, kefotokalaan akan berubah sepanjang tahun, dengan peningkatan tempoh siang hari di musim panas dan peningkatan tempoh waktu malam di musim sejuk.
TEMPOH PENERIMAAN CAHAYA

            Kefotokalaan juga penting untuk pertumbuhan tanaman dan pembiakan. Sepanjang tempoh pembiakan dan percambahan, lampu harus dibiarkan selama mungkin, sehingga 24 jam setiap hari. Pertumbuhan awal yang baik akan membuatkan tanaman muda lebih sihat dan lebih tahan terhadap penyakit dan akhirnya memberikan hasil yang lebih baik. Ketika tanaman mulai matang, tempoh cahaya perlu dikurangkan secara berperingkat. Kebanyakan tanaman melakukannya dengan baik dengan 14-16 jam cahaya setiap hari semasa tahap vegetatif. Dalam tatacara rumah hijau, lampu tambahan boleh digunakan ketika hari mendung atau untuk melanjutkan tempoh siang hari di musim sejuk. Dengan pencahayaan tambahan, tanaman akan kekal tumbuh secara aktif sepanjang tahun. Kedormanan boleh dicegah bagi sesetengah tanaman, dan pembuahan pada musim sejuk dapat ditingkatkan dengan memberikan cahaya tambahan di musim luruh. Jika anda mempunyai ruangan pertumbuhan tertutup, semua ini tidak akan bermakna. Dalam kes ini, anda mengawal musim dan anda juga mengendalikan tempoh malam dan siang.

            Tumbuhan juga memerlukan kegelapan. Pada waktu gelap atau malam, tumbuhan terus memerangkap oksigen. Ketika waktu ini tanaman akan mengeluarkan karbon dioksida melalui proses yang disebut respirasi. Pada masa ini juga, tanaman menggunakan sebahagian tenaga yang disimpan sebagai gula sepanjang fotosintesis, menghasilkan protein, hormon, dan produk kompleks yang lain. Oleh kerana itu, tanaman yang telah dewasa yang diberi pencahayaan lebih dari 17 jam setengah setiap hari tidak meningkatkan pengeluaran secara signifikan kerana proses fotosintesis akan berkurangan setelah beberapa jam. Pada hakikatnya, tempoh siang yang terlalu penjang juga menjadikan tumbuhan tersebut kontraproduktif, lambat berbunga atau menghalang pembungaan bagi beberapa jenis tanaman.
            Kebanyakan tanaman sensitif terhadap tempoh siang yang panjang. Sesetengah tanaman akan berbunga pada musim bunga dan musim panas, iaitu apabila tempoh siang lebih panjang daripada waktu malam, dan ada juga sesetengahnya berbunga pada musim luruh, iaitu apabila tempoh malam lebih panjang daripada siang. Oleh yang demikian, tanaman boleh diklasifikasikan kepada tanaman yang memerlukan siang yang pendek dan yang memerlukan siang yang panjang. Hormon yang dikenali sebagai “florigen” akan mengawal penunasan dan pembungaan. Tanaman yang memerlukan tempoh siang yang panjang memerlukan lebih kurang 14 hingga 18 jam cahaya untuk menghasilkan jumlah florigen yang tepat untuk berbunga dan membiak. Tanaman yang memerlukan siang yang pendek pula memerlukan lebih kurang 10-13 jam cahaya. Jika tanaman yang memerlukan tempoh siang yang pendek terdedah terlalu banyak jam cahaya, florigen akan termusnah dan akan mengelakkan bunga menjadi mekar.
(a) TUMBUHAN YANG MEMERLUKAN TEMPOH SIANG PENDEK

            Tanaman yang memerlukan tempoh siang yang pendek berbunga pada waktu malam yang lebih panjang. Ia tidak boleh berbunga pada waktu siang yang panjang atau terdapat cahaya buatan yang bersinar digunakan selama beberapa minit pada tengah malam. Ini kerana ia memerlukan masa kegelapan yang cukup sebelum pembentukan bunga dapat dimulakan. Cahaya semulajadi pada waktu malam seperti cahaya bulan atau petir adalah tidak termasuk kecerahan yang panjang. Jadi, ia tidak cukup kuat untuk mengganggu pembungaan.

            Secara umumnya, tumbuhan yang memerlukan siang yang pendek akan berbunga ketika waktu siang menjadi semakin singkat selepas 21 Jun iaitu ketika hemisfera utara mengalami musin panas atau luruh. Panjang tempoh malam yang diperlukan untuk merangsang pembungaan adalah berbeza antara spesies tumbuhan dengan tumbuhan yang lain.
            Tanaman yang memerlukan siang yang pendek dikatakan memerlukan kurang daripada 12 jam dan tempoh malam yang lebih daripada 12 jam. Banyak tanaman yang berbunga pada musim luruh dan musim sejuk  menghabiskan waktu pada musim bunga dan musim panas dalam tahap pertumbuhan vegetatif, menggunakan tenaga untuk pertumbuhan daun dan penyimpanan tenaga. Ketika waktu siang menjadi lebih pendek dan malam menjadi lebih panjang, proses pertumbuhan vegetatif akan berhenti dan bermulanya fasa pembiakan bunga dan buah.
            Kefotokalaan mempengaruhi pembungaan apabila pucuk dipaksa untuk menghasilkan kuntuman bunga selain daun dan tunas. Sesetengah spesies mesti melalui masa juvenilnya di mana ia tidak boleh dipaksa untuk membesar. Contohnya adalah  spesies tumbuhan yang mempunyai tempoh usia muda yang sangat pendek dan ia boleh digalakkan untuk berbunga ketika usia cukup kecil. Beberapa tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek adalah:
[clip_image00242.gif][clip_image00442.gif]
                        Kekwa                                                                            Poinsettia
 [clip_image00642.gif][clip_image00842.gif]
                       Seri Pagi                                                                       Kaktus Easter                                                                          
(b) TUMBUHAN YANG MEMERLUKAN TEMPOH SIANG PANJANG

            Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang yang panjang memerlukan bilangan jam tertentu bagi jumlah kegelapan dalam setiap tempoh 24-jam untuk merangsang pembungaan. Tanaman ini biasanya berbunga di bahagian hemisfera utara ketika penghujung musim bunga atau awal musim panas iaitu ketika siang yang panjang. Di bahagian hemisfers utara, hari siang terpanjang dalam setahun adalah pada atau sekitar 21 Jun. Selepas tarikh itu, siang muncul lebih pendek (malam menjadi lebih panjang) sehingga 21 Disember. Situasi ini terbalik di bahagian hemisfera selatan (iaitu siang terpanjang adalah 21 Disember dan malam terpendek adalah 21 Jun). Di beberapa bahagian di dunia sama ada “musim dingin” atau “musim panas” mungkin merujuk pada musim hujan atau musim kemarau iaitu waktu paling sejuk atau paling hangat pada tahun tersebut.

            Tanaman yang memerlukan tempoh siang yang panjang akan memberikan respon kepada peningkatan tempoh waktu siang. Tempoh siang yang lebih panjang memberikan isyarat bahawa musim sejuk telah berlalu dan musim bunga sedang muncul. Tanaman yang berbunga mekar semasa musim bunga dan musim panas memerlukan hari siang yang lebih lama (lebih dari 12 jam) dan hari malam lebih pendek (kurang dari 12 jam) untuk memulakan pembungaan, dan ia tidak akan bunga kecuali keadaan-keadaan ini dipenuhi.Beberapa tanaman yang memerlukan tempoh siang yang panjang adalah:
[clip_image01042.gif][clip_image01242.gif]
                        Dahlia                                                                 Teluki (Carnation)
    [clip_image01442.gif]                        [clip_image01642.gif]
          Bunga loceng                                                                                                         Aster
             [clip_image01842.gif]                   
                               Cone flowers
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s